Friday 10 July 2009

Kita Dan Ancaman Virus..sapa salah?? think it!!


Ditaip pada ²³ febuari, ²009 oleh dani, dibawah Tips. Fav it! :O

Kita sering menjadi mangsa kepada virus² komputer yang semakin hari semakin pandai menyusahkan kita. Tapi pernahkah kita terfikir kenapa kita sering menjadi mangsa virus² yang menyusahkan ini?

Dalam konteks ini, aku tidak menyalahkan si pembuat virus itu kerana mereka pun manusia juga macam kita juga, cuma pemikiran mereka itu sahaja yang sentiasa ingin mengambil kesempatan terhadap kelemahan orang lain. Pada pandangan aku, orang yang perlu dipersalahkan ialah kita yang sentiasa teraniaya ini.

Kenapa aku berkata sedemikian rupa? Aku berkata begitu kerana sebenarnya kita sendirilah yang menyebabkan virus² tersebut memasuki ruang hidup kita. Ini kerana kebanyakan virus tidak dapat menjalankan tugas mereka untuk menjahanamkan data kita melainkan ada seseorang yang telah mengaktifkannya. Jadi, siapa yang perlu dipersalahkan dalam hal ini? Tidak lain dan tidak bukan ialah kita sendiri kerana tidak aware dan tidak ambil berat tentang ancaman virus ini.

Untuk pengetahuan semua, aku tidak pernah respect kepada mereka² yang tidak pernah aware dengan ancaman virus ini. Samada engkau ialah kawan atau lawan, pelajar atau pensyarah, juruteknik atau pegawai, tetapi bila engkau tidak pernah ambil tahu tentang ancaman virus ini melainkan hanya melalak mengatakan pc/pendrive engkau sudah terkena virus, aku tidak pernah rasa respect dengan engkau kerana engkau tidak tahu sebenarnya engkaulah yang mengakibatkan perkara sedemikian rupa itu terjadi. Adakah engkau pernah terfikir tentang perkara ini sebelum ni??


Aku tidak berniat untuk menyinggung hati mana² pihak, tetapi itulah hakikatnya. Takpelah, berbalik pada tajuk kita, disini aku ada senaraikan beberapa tips untuk korang supaya di respect oleh semua orang termasuk aku. Antara cara² untuk mengelakkan dari menjadi mangsa virus² tak bertamadun itu ialah:

1. Pastikan komputer/laptop korang mempunyai perisian antivirus yang sentiasa dikemaskini database nya. Dengan adanya database terkini, kebarangkalian untuk menjadi mangsa serangan virus amatlah tipis. Pemilihan perisian antivirus yang mempunyai enjin pengesan yang bagus juga memainkan peranan yang penting dalam isu ini. Tiada gunanya mempunyai antivirus tetapi databasenya tidak berupdate dan enjin pengesannya tidak memenuhi tahap keberkesanan yang dikehendaki.
2. Sentiasa menggunakan right-click mouse untuk mengakses removable drives. Ini dapat mengelakkan virus yang sedang tidur di dalam removable drives kita diaktifkan. Lebih molek jika scan dulu removable drive sebelum mengaksesnya.
3. Elakkan dari menggunakan Internet Explorer tak kira versi apa pun. Gunakanlah Mozilla Firefox yang dari dulu terbukti kehebatannya mengatasi IE. Mozilla Firefox lebih kebal berbanding IE dan kebanyakan virus sukar menembusinya.
4. Jangan sesekali melayari laman web crack/keygen atau laman web lucah. Kebanyakan laman web berkenaan di diami oleh virus yang tak pernah jemu untuk mengganggu hidup kita.
5. Gunakan enjin pencari Google kerana ia dilengkapi dengan fungsi SafeSearch yang boleh melindungi kita dari melayari laman web yang tidak berkenaan.

“I’m not questioning about your power of thinking.”

Engkau berhak berfikir apa² sahaja tentang apa yang telah aku perkatakan ini. Samada ianya baik atau buruk semuanya bergantung kepada engkau...

0 kritikan:

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008