Friday 10 July 2009

Dari Jiwa Kosong Ke Jiwa Kacau

Jiwa kacau lagi? Haha. mesti bosan kan bila dgr pkataan jiwa kacau tuh... yerlah pkataan tu sememangnya menghampehkan setiap insan muahahahaha..Aku pun sudah tidak mahu menggunakan perkataan ‘jiwa kacau’ lagi.Kerana menghampehkan hidup aku..tp kadang2 tu aku guna gak akakakak.mmg sah kayu kayan la aku nih!!.yeah Luahkan segala rasa tidak puas hati di blog sendiri agar ianya tidak bersarang di hati...Berbalik kepada ‘jiwa kacau’ tadi. Berdasarkan pada pengertianku sendiri, jiwa yang kacau adalah jiwa tengah serabut la bedol!! jiwa yg tgh diganggu emosi!! paham x??. Aku berkata-kata sedemikian kerna bagiku emosi itu adalah salah satu keperluan jiwa setiap insan normal yang hidup di muka bumi ini.pepatah kata blogger yg pnah aku jmpe..“Emosi satu keperluan jiwa, emosi satu makanan jiwa”. Mudah dan tepat.

Pada tika dan saat ini, terasa jiwaku lebih tenang serta stabil berbanding semasa kehidupanku di Johor Bahru. Bukanlah aku cuba membandingkan Johor Bahru dan Kuala Lumpur ini. Cuma sekadar meluahkan emosi sendiri. Luahan rasa jiwa barangkali. Walaupun pahit untuk diluahkan dengan kata-kata, namun itulah realiti yang aku hadapi selama ini. Realiti kehidupan yang pernah serta perlu aku tempuhi. Asam garam kehidupan yang penuh dengan pancaroba tersendiri. Syukurlah ke hadrat-Nya kerna hingga saat ini kita semua masih bernyawa. Hayati setiap detik hembusan nafas dengan penuh kesyukuran. Moga-moga kita semua dirahmati-Nya.

amin...

0 kritikan:

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008