Saturday 1 August 2009

Ayat Jiwang Novela

Deru pepohon di rimba sayu adalah suara syahdu alam yang rindu.

Dalam alam khayal, kita bahagia, mengapa mesti kembali ke alam nyata.

Jarang kumelutut serendah ini, membuktikan kasih amat tinggi.

Keningmu terlalu menikam, keris tak lagi kuperlukan.

Jika aku tak menghantar surat, semata-mata kerana telah kutulis segalanya di kalbu.

Bersamamu, aku cepat terasuh menjadi manusia terlalu kukuh.

Rindu ini telah separuh jalan, tetap kurasa bahagia walau kau tak sedia menyambutnya.

Kau bertanya dimana hatiku, tak terasakah kau sudah lama ia berlindung di kalbumu.

Dalam cinta, matalah yang lebih jujur berkata-kata.

Jika kita berpisah, percayalah aku kekasih paling sengsara.~

0 kritikan:

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008